pengenalan


Hafeez Arshad Photography berpangkalan di Johor Bahru, dan diasaskan oleh Hafeez Arshad sendiri selaku founder dan merupakan senior photographer & designer. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman fotografi selama 6 tahun, Hafeez Arshad Photography kini mempunyai empat juru foto & seorang juruvideo yang bergerak secara aktif .


Merakamkan detik-detik foto beremosi dan berkualiti adalah matlamat kami. Menjejaki setiap langkah mempelai dari seawal majlis hingga penghujung majlis adalah galasan tugas kami kerana setiap saat-saat mempelai begitu berharga bagi kami, dan adalah menjadi kewajipan serta keutamaan kami mengabadikan setiap sketsa mempelai di hari bahagia mereka bagi dijadikan kenang -kenangan indah melalui pengadaptasian seni foto yang tidak ternilai ini .


Di samping itu, kami juga mampu menerapkan seni fotografi bertemakan candid, creative candid, formal , indoor mahupun outdoor.


Apapun tugas yang diberikan, akan kami realisasikannya sebaik mungkin & sekiranya ada pendapat,komen serta cadangan mengenai fotografi mahupun videografi, utarakan saja pada kami, dan kami akan cuba fahami serta penuhi kemahuan dan cadangan yang diutarakan itu.
Sekian

"Selamat menempuh hari bahagia anda,bersama kami"